Berikan Ibu Detik Istimewa
Berikan Ibu Detik Istimewa
Menjadi seorang ibu adalah kerjaya sepenuh masa. Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan ibu mempunyai detik istimewa penjagaan diri setiap hari. Berikan yang terbaik untuk dirimu dan ibu tersayang sekarang!
Terpulang bagaimana anda menikmatinya – sama ada sebagai snek ringkas dan pantas, makanan ringan atau minuman, formulasi serbuk dari Shaklee ini pastinya memuaskan hati! Padat dengan protein berkualiti, asid amino penting, vitamin dan mineral, tinggi kandungan serat dan leusina, semuanya memenuhi keperluan harian anda.
Kolagen adalah protein yang membantu mengembalikan ketegangan kulit, sinaran rambut dan kekuatan kuku. Ia berfungsi seperti gam yang memegang komponen lain di dalam tubuh badan kita untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit. Dari semasa ke semasa, keperluan kolagen untuk kulit kita akan semakin meningkat dan kehilangan kolagen secara semulajadi akan berlaku dengan lebih pantas. Ini akan mengakibatkan kulit berkedut, kuku rapuh dan rambut menjadi kering.
Direka dengan mengambil kira keperluan anda, produk YOUTH™ dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi terbaik supaya anda selesa dan yakin menggunakannya. Ia menangani masalah kulit anda seperti kedutan, saiz liang pori, tona kulit, hiperpigmentasi, keserian dan kekenduran. Cuba hari ini untuk kulit yang lembap, subur, dilindungi dan tampak muda sepanjang hari.
Ambillah polifenol untuk mempengaruhi isyarat dan komunikasi sel bagi menghasilkan melatonin, iaitu “hormon tidur” untuk membantu anda tidur dengan lebih nyenyak. Ia juga mempunyai ciri anti-radang yang kuat untuk membantu mengurangkan keradangan bagi merawat keletihan dan bangun dalam keadaan yang segar!