Tingkatkan Pertahanan Badan Anda
Tingkatkan Pertahanan Badan Anda
Sektor ekonomi sudah dibuka semula dan anda akan lebih sering berada di luar. Adakah anda yakin yang anda benar-benar terlindung daripada ancaman alam sekitar seperti virus, bakteria dan tekanan? Tingkatkan pertahanan badan anda dan dapatkan nutrien perangsang imun ini sekarang!
BINA
Protein Soya ~ Membina Antibodi
- Protein adalah blok binaan dalam sel imun terutamanya antibodi.
- Menyokong pembentukan pertahanan yang sihat dan kuat; mata (air mata), mulut (air liur) dan hidung (mukus).
- Menguatkan struktur kulit, merendahkan peluang kuman untuk masuk ke dalam badan kita.
TINGKATKAN
Vitamin C ~ Menghasilkan Sel Imun
- Membantu merangsang penghasilan dan menggalakkan fungsi sel imun.
- Membantu badan anda menghasilkan antibodi untuk menyerang, melawan dan meneutralkan kuman.
- Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin C bukan sahaja mengurangkan jangka masa selsema, malah memendekkan tempoh demam.
AKTIFKAN
Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower & Bunga Honeysuckle Jepun ~ Penyokong Imun Semula Jadi Anda
- Mengaktifkan dan menguatkan tindak balas imun anda dengan meningkatkan penghasilan interferon dalam badan anda.
- Interferon adalah protein yang dihasilkan oleh badan kita untuk mencetuskan mekanisme rintangan badan untuk membunuh patogen atau bakteria yang menceroboh masuk.
- Lebih banyak dan aktif interferon anda, lebih kesihatan imun anda.
LINDUNGI
Polifenol ~ Merangsang Sistem Imun Anda
- Meningkatkan fungsi sistem imun terhadap jangkitan1.
- Mencegah replikasi virus tertentu di dalam badan dan mengurangkan tempoh selsema2.
- Menguatkan reaksi imun anda dan mempercepatkan tempoh pemulihan2.