Hidup Lestari, Hidup Bersih dengan Basic H2®
Hidup Lestari Hidup Bersih dengan Basic H2®
Basic H2® Organic Super Cleaning Concentrate adalah pembersih serba guna yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kerja rumah. Daripada membersihkan kereta hingga ke permukaan rumah anda, pembersih semula jadi ini akan menjadikan rumah anda berkilat tanpa meninggalkan sebarang sisa bahan kimia berbahaya.
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan selamat dengan petua-petua pembersihan ini!
Mainan Kanak-kanak
Fikiran anda akan tenang apabila mengetahui mainan anak-anak anda
adalah selamat dan bersih Semburkan Basic H2® pada mainan dan lap bersih.
Kerusi Bayi
Sediakan tempat selamat untuk anak anda walaupun pada waktu makan. Semburkan Basic H2® pada kerusi bayi dan lap hingga bersih.
Tip Pantas: Jangan risau dengan sepah yang anak anda buat. Basic H2® berkesan untuk menghilangkan kotoran tanpa meninggalkan sisa berbahaya!
Troli
Jaga keselamatan dengan membawa Basic H2® bersama anda ke mana sahaja anda pergi! Semburkan pada pemegang troli. Sembur sedikit pada tangan anda sejurus selepas menyentuh permukaan di tempat awam.
Tip Pantas:
Semua Permukaan Rumah
Tidak melupakan meja, kerusi, kaunter dapur, sofa kulit dan pokok di dalam rumah, gunakan Basic H2® pada sebarang permukaan tanpa meninggalkan sisa kotoran.
Tip Pantas: Kembalikan kilauan barangan kulit dengan menitikkan 2 titis pada span lembap, kemudian lap barang itu hingga kering.
Tombol Pintu
Ini adalah salah satu objek dalam rumah yang paling kerap disentuh tetapi sering dilupakan dan ia memerlukan pembersihan yang kerap. Hanya semburkan Basic H2® dan lap hingga bersih!
Kereta (Dalaman dan Luaran)
Basic H2® adalah lembut tetapi cukup kuat untuk menjadikan kerja membersih lebih mudah dan berkesan. Semburkan pada bahagian dalaman kereta terutama stereng iaitu bahagian yang paling kerap disentuh.
Tip Pantas: Cuci Kereta - Campurkan 15ml dalam 4.5L air. Cuci satu bahagian kecil pada satu masa. Bilas. Lap cermin depan, pintu dan tombol pintu selepas dibilas; biarkan bahagian lain kering tanpa sebarang tanda atau jalur.
Telefon Bimbit
Telefon bimbit terdedah kepada kuman kerana kita membawanya ke mana sahaja, termasuklah ke tandas. Semburkan Basic H2® pada kain bersih dan lap permukaan telefon anda dengan kerap.
Tip Pantas: Tanggalkan ‘cover’ telefon dan lap hingga betul-betul bersih, termasuklah di bahagian yang sukar dicapai.