#hidupTanpaBatasUsia – Kisah Luar Biasa Saya

Kekuatan dari Dalam

Sebagai seorang pelari marathon dan sangat suka mendaki, saya sentiasa mencabar diri saya. Baru-baru ini saya mengambil cabaran dengan menyertai acara marathon sejauh 42KM – sangat mencabar, walaupun untuk atlet yang berpengalaman. Untuk kekal bertenaga dengan prestasi yang optimum, saya bergantung dengan suplemen utama Shaklee. OsteNutrix, Vita-C & Vitamin E membantu menyokong tulang dan sendi yang kuat terutamanya untuk aktiviti berimpak tinggi. Selain itu, saya juga mengambil campuran polifenol untuk mengekalkan paras tenaga, pulih lebih cepat dan memiliki prestasi terbaik. Bagi saya, ia bukan sekadar rutin pengambilan suplemen; ia juga gaya hidup yang saya pilih untuk prestasi yang berkekalan.

Master Kamarudin Maahad
44, Selangor

Hidup Tanpa Batas Usia dan Sentiasa Cergas

Pada usia 58 tahun, saya bangga untuk mengakui yang saya berasa sangat sihat! Gabungan campuran polifenol dan produk pengurusan badan yang tepat dan pengambilan konsisten selama bertahun-tahun membolehkan saya mencapai tahap kesihatan yang saya inginkan. Saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan, mencapai BMI yang lebih sihat dan kulit saya sentiasa berseri.

Master Vijeyaledchumy
58, Selangor

Cantik Berseri

Dulu, kulit saya sangat kusam. Selepas mengamalkan suplemen Shaklee iaitu ESP, Vita C dan Vita E sebagai rutin kesihatan saya, saya mula nampak perubahan. Kulit kusam semakin kelihatan sihat dan berseri. Perubahan paling ketara berlaku apabila saya ambil campuran polifenol. Suami saya yang selalunya tidak peka dengan perkara-perkara sebegini juga mengatakan kulit saya lebih berseri. Ini adalah kehebatan bahan-bahan semula jadi. Kini, saya melangkah dengan lebih yakin. Mendapat pujian sudah menjadi perkara biasa untuk saya. Saya sangat bersyukur.

Wawa Rakib
35, Johor

Keyakinan Baru

Dulu saya selalu takut untuk berhadapan dengan orang ramai. Kulit saya menyebabkan saya sering merasa bimbang dan malu. Saya telah mencuba pelbagai produk penjagaan luaran, tetapi tiada yang berkesan. Kemudian, saya menemui Shaklee. Kombinasi suplemen dan produk penjagaan kulit yang berkesan ternyata memberikan kesan positif kepada saya. Dari masa ke semasa, kulit saya semakin pulih, menjadi lebih bersih, sihat dan berseri. Selepas menambah campuran polifenol dalam rutin harian saya, kesihatan kulit saya semakin bertambah baik.

Kini, saya menjalani hari-hari saya dengan keyakinan baru. Saya telah menemui penyelesaian yang berkesan untuk saya. Cubalah campuran polifenol dan rasai kesan yang sama untuk anda juga!

Elly Fhriscka Matin
30+, Sabah

Produk Berkaitan