Cinta pada Suapan Pertama dengan Vivix®
Cinta pada Suapan Pertama dengan Vivix®
Cubalah resipi ringkas dan mudah yang pasti memikat selera ini!
Kek Vix Berkeju
Bahan-bahan
1 cawan Digestive biscuits (dihancurkan)
¼ cawan Mentega cair
9 sudu teh Vivix®
250g Krim keju
½ cawan Powdered sugar
1 sudu teh Ekstrak vanila
1 sudu teh Vivix® (untuk hiasan)
Cara
Lapisan bawah:
1. Satukan digestive biscuits yang telah dihancurkan dengan mentega cair. Adun hingga lembut dan sebati.
2. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan tekan hingga menjadi lapisan yang padat dan sekata.
3. Bekukan selama 10 minit.
Lapisan atas:
1. Satukan bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
2. Tuang 1 sudu teh Vivix® di atas kek sebagai hiasan.
3. Bekukan selama 1 jam sebelum dihidang.
Tutti Frui-Yo Vix
Bahan-bahan
1 sudu teh Vivix®
1 cawan Yogurt Greek
1 cawan buah-buahan campur (epal, pir, beri, laici)
Cara
1. Lapiskan 1 sudu teh Vivix® di dalam cawan.
2. Masukkan yogurt Greek ke dalam cawan dan letakkan buah-buahan campur di atasnya.
3. Sejukkan selama 15 minit dan gaul rata sebelum dihidang.
Percikan Soda Vivix®
Bahan-bahan
1 sudu teh Vivix®
250ml Ais krim soda
½ batang Serai bersaiz kecil
2-3 helai Daun pudina
1 hirisan Lemon/limau nipis
1 biji Asam boi
Cara
1. Tuang Vivix® ke dalam gelas diikuti dengan ais krim soda.
2. Masukkan kiub ais dan asam boi.
3. Hiaskan dengan hirisan lemon, serai dan daun pudina.