Sayangi Nadi Kehidupan

Setiap hari, jantung anda bekerja keras demi memastikan nutrien-nutrien penting sampai ke setiap sel dalam tubuh badan untuk sel berfungsi secara optimum. Berikan penjagaan yang penuh kasih sayang kepada jantung anda dengan membekalkan nutrien kegemaran jantung ini!

Secara purata, jantung anda berdegup

KOENZIM Q10

Kuasakan Jantung Anda

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu:

  • Mengembalikan kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga.1,2
  • Meningkatkan kemampuan penguncupan otot jantung.1,2
  • Melindungi salur darah daripada kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida.
  • Mengurangkan pembentukan plak arteri3,4 dan meningkatkan peredaran darah secara menyeluruh.
  • Menambah baik jumlah darah yang dipam oleh jantung bagi setiap degupan5,6 , membekalkan tenaga yang cukup kepada jantung serta mengoptimumkan kemampuannya untuk mengepam darah.

ASID LEMAK OMEGA-3

Menyokong Kesihatan Salur Darah dan Tekanan Darah Yang Sihat

Terkenal dengan manfaat antikeradangan, asid lemak omega-3 membantu:

  • Menghalang pembentukan plak dalam salur darah, mengurangkan risiko penyempitan salur darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung.
  • Meredakan keradangan pada lapisan dalam salur darah.9
  • Meminimumkan paras trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal atur tekanan darah ke tahap yang sihat.7,8

POLIFENOL

Mengoptimumkan Kesihatan Jantung

Padat dengan antioksidan berkuasa yang berfungsi dalam:

  • Mengurangkan keradangan salur darah10,11, mengekalkan kesihatan lapisan dalam salur darah serta menggalakkan penguncupan salur darah yang sihat dan normal untuk mengekalkan fungsi salur darah yang optimum.
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat11 serta meningkatkan aliran darah.
  • Mengekalkan tahap penggumpalan platlet yang sihat.11,12

STEROL DAN STANOL TUMBUHAN

Menyekat Kolesterol

Oleh kerana sterol dan stanol tumbuh-tumbuhan mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, ia membantu dalam:

  • Mengawal atur penyerapan kolesterol, khususnya kolesterol LDL, ke dalam aliran darah, yang akan mengurangkan tahap kolesterol LDL.

Rujukan:
1. PH, L. and K, F. (1990). A six-year clinical study of therapy of cardiomyopathy with coenzyme Q10. International Journal of Tissue Reactions, 12(3), pp.169-171.
2. Garrido-Maraver, J., D.Cordero, M., Orapesa-Avila, M., Fernandez Vega, A., Mata, M., Delgado Pavon, A., De Miguel, M., Perez Calero, C., Villanueva Paz, M., Cotan, D. and A.Sanchez Alcazar, J. (2014). Coenzyme Q 10 Therapy. Molecular Syndromology, 5, pp.187-197.
3. DiNicolantonio, J., Bhutani, J., McCarty, M. and O’Keefe, J. (2015). Coenzyme Q10 for the treatment of heart failure: a review of the literature. Open Heart, 2(1), p.e000326.
4. Fedacko, J. (2011). Coenzyme Q10 in Heart and Brain Diseases. The Open Nutraceuticals Journal, 4(1), pp.69-87.
5. Niklowitz, P., Sonnenschein, A., Janetzky, B., Andler, W. and Menke, T. (2007). Enrichment of coenzyme Q10 in plasma and blood cells: defense against oxidative damage. International Journal of Biological Sciences,pp.257-262.
6. Oleck, S. and Ventura, H. (2016). Coenzyme Q10 and Utility in Heart Failure: Just Another Supplement?. Current Heart Failure Reports, 13(4), pp.190-195.
7. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–275
8. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175
9. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S.
10. Saleem, T. S. M., & Basha, S. D. (2010). Red wine: A drink to your heart. Journal of Cardiovascular Disease Research, 1(4), 171–176. http://doi.org/10.4103/0975-3583.74259
11. Vidavalur, R., Otani, H., Singal, P. K., & Maulik, N. (2006). Significance of wine and resveratrol in cardiovascular disease: French paradox revisited. Experimental & Clinical Cardiology, 11(3), 217–225.
12. Lopez-Sepulveda R, Rosario J, Miguel R, Maria JZ, Manuel S, Manuel GG, et al. Wine polyphenols improve endothelial function in large vessels of female spontaneously hypertensive rats. Hypertension. 2008;51:1088–95. [PubMed]

Produk Berkaitan