SUKAKAN MATAHARI? SAYANGI KULIT ANDA LEBIH LAGI!

BIJAK LINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN MATAHARI PADA MUSIM CUTI INI!

Bekalkan perlindungan kepada kulit halus mulus anda serta bahagian badan yang lain.

Bahagian atas telinga anda sangat rentan dan mudah mengalami selaran matahari. Beri perhatian kepada kulit di belakang telinga juga.

Kulit pada bahagian depan, sisi dan belakang leher serta bahagian atas dada adalah sangat halus dan sensitif. Ia menghasilkan kurang minyak berbanding kulit muka anda, menjadikan ia mudah kering dan kendur.

Cegah penuaan pramatang. Lindungi bahagian ini daripada sinaran matahari semasa berada di luar dan cahaya biru daripada peranti anda ketika berada di dalam bangunan.

Selepas membersihkan muka, sapukan pelindung matahari sekurang- kurangnya 20 minit sebelum keluar rumah.


PANDUAN PAKAR!

Kaedah Pelindung Matahari Dua Jari

Picitkan dua jalur YOUTH™Age Defense Moisturizer SPF 50 pada jari
telunjuk dan jari hantu anda. Bermula dari bahagian bawah hingga ke hujung jari. Sapukan pada muka dan leher anda. Voila! Jumlah tepat yang anda perlukan untuk melindungi kulit anda.


Ketika berada di jalanan, tangan dan lengan anda sangat terdedah dan sinaran matahari akan menembusi kulit anda melalui tingkap kereta.

Ya. Kita sering lupa untuk melindungi kaki daripada sinaran matahari! Lindungi kulit di bahagian atas kaki anda kerana ia terdedah kepada sinaran UV yang paling banyak apabila anda berjalan-jalan dengan memakai selipar atau sandal.

Produk Berkaitan