Sayangi Kesihatan anda Dengan Asid Lemak Omega-3

Siapa kata lemak tidak menyihatkan? Dapatkan asid lemak omega-3 atau dikenali sebagai minyak ikan. Ia adalah salah satu lemak terbaik yang mesti ada dalam diet anda untuk mengekalkan kesihatan. Sayangi kesihatan anda. Cintai Asid Lemak Omega-3!

Tahukah anda

Jantung anda berdegup lebih daripada 60 denyutan seminit. Cintai Jantung Anda!

Omega-3 Menyayangi Jantung Anda

Sesetengah orang mungkin mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih tinggi, menjadikan mereka berisiko lebih tinggi untuk mengalami kematian akibat organ jantung secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, penyelidik membuktikan bahawa suplemen harian minyak ikan omega-3 bantu mengekalkan kadar jantung sihat bagi mereka yang mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih tinggi, dan mengurangkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba. Ia juga membantu mengurangkan tahap trigliserida, yang merupakan salah satu punca yang menyebabkan serangan jantung dan stroke.1

Tahukah anda

Bayi yang ibunya mengambil minyak ikan omega-3 semasa kehamilan mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi.2

Omega-3 Menyayangi Bayi Anda

Asid Lemak Omega-3 adalah komponen utama dalam perkembangan otak dan mata bayi. Ia amat penting sepanjang kehamilan dan semasa zaman kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan penglihatan yang sihat dan menggalakkan tidur yang lebih lena.3,4

Tahukah anda

60% dari otak anda adalah lemak, dan ia merupakan organ paling tinggi lemak dalam tubuh kita.

Omega-3 Menyayangi Minda Anda

Otak adalah organ yang paling penting dalam tubuh kerana ia membantu kita melakukan tugas harian. Penyelidik mendapati bahawa otak yang kaya dengan omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan kerosakan saraf otak. Akibatnya, anda mempunyai ingatan yang lebih bagus, keupayaan pembelajaran yang lebih baik, daya fokus yang lebih tinggi dan mood yang lebih baik.5,6

Tahukah anda

Asid lemak omega-3 mengandungi sifat anti-radang yang hebat.

Omega-3 Menyayangi Sendi Anda

Apabila tulang rawan yang mengalas tulang anda pada sendi mula menipis, anda akan mengalami kekejangan sendi, kurang dalam pergerakan sendi, dan sakit sendi dengan ketidakselesaan di kawasan yang terjejas. Omega-3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesakitan, memperlambat perkembangan kesakitan sendi dan bertindak sebagai pelincir untuk anda bergerak bebas dan tidak sakit!7,8

Perhatian Kepada Semua Ibu Hamil!

Satu kajian menunjukkan bahawa 92% ibu hamil dan menyusu di Malaysia TIDAK mengambil cukup asid lemak omega-3 setiap hari. Ibu, sayangkan kesihatan anda dan bayi anda, dengan mengambil 1000mg minyak ikan setiap hari!

Rujukan:

1. Mozaffarian, D., Geelen, A., Brouwer, I. A., Geleijnse, J. M., Zock, P. L., & Katan, M. B. (2005). Effect of Fish Oil on Heart Rate in Humans: A Meta-Analysis of Randomized Controlled Trials. Circulation, 112(13).
2. Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.
3. Harris MA. Implementation of evidence-based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
4. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015. Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http://files.abstractsonline.com
5. Cole, G.M. and S.A.J.T.J.o.n. Frautschy, DHA may prevent age-related dementia. 2010. 140(4): p. 869-874.
6. Uauy R, Dangour AD. Nutrition in brain development and aging: role of essential fatty acids. Nutr Rev. 2006 May;64(5 Pt 2):S24-33.
7. Lopez HL. Nutritional interventions to prevent and treat osteoarthritis. Part I: focus on fatty acids and macronutrients. PM R. 2012 May;4(5 Suppl):S145-54.
8. Miles EA, Calder PC. Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis. Br J Nutr. 2012 Jun;107 Suppl 2:S171-84.

Produk Berkaitan