JADIKAN SPF SEBAGAI BFF ANDA!

Adakah anda tergolong antara mereka yang tidak menggunakan krim perlindungan ketika berada dalam rumah? Ini antara sebab mengapa anda perlu memakainya tidak kiralah anda berada di luar atau di dalam rumah.

Apa itu Radiasi UV?
Jenis Radiasi Ultraungu (UV) yang paling biasa ialah cahaya matahari. Matahari menghasilkan sinar UVA dan UVB. Sinar UVA menembus masuk jauh ke dalam kulit, memecahkan kolagen dan elastin. UVB pula boleh merosakkan lapisan atas kulit.

Kesan Sinar UVA

Kedutan

Kesan tompok gelap

Kerosakan kulit akibat cahaya matahari

Kesan Sinar UVB

Kulit terbakar (sunburn)

Kerosakan DNA pada sel kulit

Kanser kulit

Berada Dalam Rumah? Anda Perlukan Krim Perlindungan UV Juga!

Tingkap Hanya Menghalang Sinar UVB
Kaca yang biasa digunakan pada kereta, rumah dan pejabat direka untuk menghalang kebanyakan sinar UVB dan bukan sinar UVA yang bertanggungjawab ke atas penuaan pramatang. Jadi, jika anda kerap memandu atau duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik yang menerima banyak cahaya matahari, digalakkan memakai krim perlindungan UV untuk memberikan kulit anda perlindungan sepenuhnya.


Tintakan tingkap kereta atau rumah/ pejabat untuk mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.

Cahaya Biru Di Mana Sahaja!
Cahaya biru atau juga dikenali sebagai Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer anda. Ia didapati boleh menembusi kulit dan menyebabkan foto penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.


Sapukan semula krim perlindungan UV setiap beberapa jam untuk perlindungan secukupnya.

YOUTH™ AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

  • Melembap dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh.
  • Melindungi kulit dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.
  • Kaya dengan vitamin dan botani bernutrien.

Produk Berkaitan