Pakailah pelitup muka! YOUTH™ Melindungi Kulit Anda!
Pakailah pelitup muka!
YOUTH™ Melindungi Kulit Anda!
Mengandungi bahan-bahan yang melindungi kulit dan menjaga penampilan kulit muka anda. Kekal selamat dan terhindar daripada jerawat akibat pelitup muka!
Menanggalkan Sel Kulit Mati Secara Lembut
Menanggalkan sel kulit mati semasa membersihkan dan menyegarkan muka adalah penting supaya kulit bersih daripada kekotoran yang terkumpul.
Pelindung Matahari Untuk Seluruh Muka
Sapukan krim pelindung matahari pada seluruh muka sebelum memakai pelitup muka. Melalui cara ini, keseluruhan muka anda terlindung, dan anda boleh mencegah terbentuknya garis gelap akibat pemakaian pelitup muka.
Pilih formulasi bebas minyak, tidak komedogenik yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
Yang Ringan Itu Lebih Baik
Dalam cuaca negara kita yang lembap, persekitaran yang hangat dan lembap di bawah pelitup muka merupakan keadaan yang cukup sesuai untuk pembiakan bakteria penyebab jerawat, pengumpulan kekotoran dan sebum berlebihan.
Hidratkan kulit anda dengan formula yang ringan dan bebas minyak, atau berasaskan air.
YOUTH™ MOISTURE LOCK DAY CREAM
Teknologi Penghidaratan Selular yang aktif bertindak sebagai magnet lembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci kelembapan.
Bahan-bahan Utama
Ekstrak kaktus, asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.
Menyamankan Kulit Selepas Seharian Di Luar
Akhiri hari anda yang sehari suntuk memakai pelitup muka dengan lapisan nipis krim malam yang menyamankan kulit untuk melengkapkan rutin pembersihan malam anda.