Ibu Berhak yang Terbaik!
Ibu Berhak yang Terbaik!
Ibu bukan sahaja berhak sesuatu yang bagus – mereka berhak yang terbaik kerana terlalu banyak yang dilakukan untuk orang lain dan sering meletakkan kepentingan diri sendiri di tempat terakhir. Tunjukkan penghargaan dan rasa kasih kepada ibu anda, diri sendiri atau ibu anak-anak anda atas pengorbanan mereka dengan nutrien yang hebat ini.
Selalu Cantik dengan Kolagen
Kolagen adalah protein yang banyak ditemui pada kulit, tulang, otot, salur darah, sistem pencernaan dan tendon. Ia berfungsi sebagai pelekat yang memegang komponen lain dalam badan kita bersama-sama untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit.
- Membantu menegangkan kulit yang kendur dan menampilkan bentuk badan yang lebih sihat.
- Meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih tegang dan lembut.
Mengekalkan penghidratan kulit untuk mengurangkan kemunculan kedutan. - Mengecilkan liang pori dan memperbaiki kelembutan dan kelicinan kulit.
- Menyokong struktur kulit.
Ibu Gembira, Keluarga Bahagia dengan Vitamin B
Vitamin B menyumbang kepada kesihatan otak yang optimum dan mempunyai kesan langsung ke atas emosi anda dengan memberi kesan terhadap penghasilan tenaga dan sintesis neurokimia serta molekul isyarat antara otak dan badan. Apabila paras tenaga anda meningkat, emosi anda juga akan bertambah baik!
- Menukar makanan kepada tenaga secara cekap dan berkesan untuk penghasilan tenaga yang berpanjangan.
- Mengurangkan tekanan dan memperbaiki emosi.
- Meningkatkan ingatan dan menyokong pretasi kognitif yang sihat.
- Menggalakkan fungsi badan yang betul.
- Merangsang metabolisma.
Kami sayang Ibu! dengan Koenzim Q10!
Koenzim Q10 kebanyakannya ditemui dalam organ yang paling banyak menggunakan tenaga, terutama jantung. Tanpanya, fungsi jantung anda merosot dan boleh menyebabkan kegagalan jantung kerana ia tidak dapat mengepam darah dengan cekap seperti yang sepatutnya.
- Mengembalikan kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga.
- Meningkatkan keupayaan pengecutan otot jantung.
- Melindungi saluran darah daripada mengalami kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksidasi.
- Mengurangkan pemendakan dalam arteri dan meningkatkan aliran darah secara keseluruhan.
- Meningkatkan isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam setiap degupan, membekalkan cukup tenaga untuk jantung, dan mengoptimumkan keupayaannya mengepam.
Adakah Anda Mengambil Statin? Anda Sememangnya Perlukan KoQ10!
Statin merendahkan paras Q10 sebanyak 40%, jadi sangat penting untuk menggantikan semula nutrien ini melalui makanan atau suplemen.