Manjakan Diri Anda dengan Sumber Terbaik Alam Semula

Dirumus khas dengan sumber asli yang mujarab, produk Embun daripada Tanamera dihasilkan untuk menenangkan, meremajakan dan memberi kesejahteran. Alami kebaikannya hari ini!

Tanpa bahan kimia berbahaya, hanya kelembutan dari alam semulajadi.

Alami Rasa Tenang yang Mendalam

Diperbuat daripada Kulit Kayu Manis, Serai (Citronella), Kunyit, Temulawak dan Halia Bentong untuk:

  • Meningkatkan peredaran darah, memberikan rasa tenang dan menambah baik kualiti tidur
  • Membantu mengurangkan tekanan dan keresahan
  • Melegakan kemerahan dan kegatalan kulit
  • Detoks badan dan meredakan sakit otot
Cara Guna?

LANGKAH 1

Rebuskan 1 uncang dalam 2L air selama 20 minit. Biarkan sejuk hingga suhu suam.

LANGKAH 2

Gunakan untuk mandi atau lap pada badan anda dengan tuala yang direndam air rendaman herba. Jangan dibilas lagi.

ATAU

Tambahkan air suam untuk rendaman badan (disyorkan berendam selama 30 minit). Jangan bilas badan lagi.

Alami Keselesaan dan Keyakinan

Diperbuat daripada Halia Bentong, Kunyit dan Manjakani (Oak Gall) untuk:

  • Melegakan keradangan, mengurangkan rasa sakit dan mempercepat penyembuhan luka
  • Mengatasi kegatalan ringan
  • Menggalakkan kemutan otot faraj
  • Mengawal bau yang tidak menyenangkan
Cara Guna?

LANGKAH 1

Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau rebus 1 uncang dalam 1L air selama 15 minit untuk rebusan herba yang lebih kuat. Tambah 1L air untuk air rebusan suam.

LANGKAH 2

Basuh bahagian intim dengan air rebusan.

ATAU

Tuangkan air rebusan suam ke dalam besen bulat dan letakkan di atas mangkuk tandas. Rendam bahagian intim di dalam air rebusan selama 15-20 minit.

ATAU

Masukkan air rebusan ke dalam botol semburan dan semburkan bahagian intim setiap kali anda menggunakan tandas.

Produk Berkaitan