Panduan Nutrisi untuk Wanita pada Semua Peringkat Umur
Panduan Nutrisi untuk WANITA pada Semua Peringkat Umur
Sumbangan wanita kepada insan-insan di dalam kehidupan mereka memang tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu. Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul.
DEWASA
Kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita ntuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri. Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari. Apabila wanita yakin dirinya terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampil terbaik!

Ambil Ini!

MULTIVITAMIN
Membekalkan asas kesihatan

VITAMIN C
Menggalakkan kulit wajah yang berseri

GLA (OMEGA-6)
Menyeimbangkan hormon (terutama ketika datang bulan)

PROTEIN
Membekalkan tenaga yang berpanjangan
MENJADI IBU
Sebelum Hamil & Kehamilan*
Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih-lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja meningkatkan peluang untuk hamil, tetapi ia juga menjadi asas kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Berikan tumpuan kepada kaedah pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi yang sihat.
Ambil Ini!

MULTIVITAMIN
Membekalkan asas kesihatan

VITAMIN B
Terutama Asid Folik: Mengurangkan risiko kecacatan urat saraf pada janin

KALSIUM
Menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat pada bayi

ZAT BESI
Menggalakkan pembentukan sel darah merah

VITAMIN C
Meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun

PROTEIN
Membekalkan tenaga yang berpanjangan dan menyokong perkembangan janin

OMEGA-3
Menggalakkan perkembangan otak yang sihat dan penglihatan yang baik pada janin

Selepas Bersalin & Penyusuan Susu Badan*
Selepas melahirkan anak, ibu perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan badan, usaha untuk kembali kepada berat badan asal atau mengekalkan berat badan ideal, memastikan diri sentiasa kuat dan bertenaga, dan membekalkan keperluan zat yang mencukupi kepada bayi melalui susu badan.
Ambil Ini!

MULTIVITAMIN
Membekalkan asas kesihatan

PROTEIN
Membekalkan tenaga yang berpanjangan

OMEGA-3
Menggalakkan perkembangan otak yang sihat dan penglihatan yang baik pada janin

ALFALFA
Sering digunakan sebagai penggalak semulajadi untuk meningkatkan penghasilan susu badan

VITAMIN C
Meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun

KALSIUM
Menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat pada bayi

ZAT BESI
Menggalakkan pembentukan sel darah merah

*Sila berbincang dengan doktor, atau bidan anda, sebelum mengambil sebarang suplemen ketika hamil atau menyusukan anak
USIA EMAS
Hormon yang tidak stabil ketika fasa pra-menopaus dan menopaus memang memberi kesan kepada wanita. Selain itu, kesihatan tulang dan jantung juga akan turut terkesan. Kadangkala, pemakanan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang timbul ketika fasa perubahan ini.

Ambil Ini!

MULTIVITAMIN
Membekalkan asas kesihatan

PROTEIN
Membekalkan tenaga yang berpanjangan

OMEGA-3
Meningkatkan kesihatan jantung

GLA (OMEGA-6)
Meredakan gejala menopaus yang biasa

KALSIUM
Membantu menguatkan tulang yang semakin rapuh

POLIFENOL
Melawan radikal bebas dan penuaan sel