Ibu bapa dan anak-anak sama-sama sukakan HERO KIDDO

Hero Kiddo benar-benar membawa kesihatan keluarga kami ke tahap yang lebih baik. Dihasilkan daripada bahanbahan menyihatkan dan dengan rasa yang enak, anak-anak akan berlari riang datang apabila nampak saya membuka botol Hero Kiddo! Sehinggakan mereka mahu lebih lagi. Saya gembira ditemukan suplemen Shaklee yang sesuai untuk anak-anak saya supaya mereka kekal sihat dan gembira, apatah lagi dalam keadaan sekarang ketika kesihatan menjadi keutamaan. Ia juga padat dengan semua nutrien tanpa gula tambahan!

Sebagai doktor gigi, saya memberi perhatian kepada kesihatan gigi anak-anak saya dan sentiasa mengelak daripada memberi mereka gula-gula. Saya juga sangat teliti tentang kandungan gula dalam vitamin yang ada di pasaran, malah tidak semudahnya memberi kepada anak-anak saya. Namun, Hero Kiddo berbeza. Saya suka kerana ia dihasilkan tanpa gula. Saya yakin anak-anak saya mendapat produk yang terbaik tanpa gluten, perisa tiruan, pemanis, atau pengawet tambahan. Eh, mereka datang nak minta lagi. Baik saya cepat-cepat sorokkan botol Hero Kiddo ini!

Anak-anak saya sangat suka membuat kek dan biskut! Ada sahaja resipi baharu yang mahu mereka cuba sendiri. Saya memang menggalakkan mereka berdikari, daripada memilih dan membeli bahan-bahan sehinggalah semuanya siap dimasak. Padat dengan nutrien penyokong kesihatan iaitu vitamin C dan D, zink serta ekstrak Elderberi, Hero Kiddo membolehkan anak-anak saya kekal sihat di samping berseronok melakukan hobi kegemaran mereka.

Produk Berkaitan