Pembongkaran 4 Mitos Tentang Imuniti!
Pembongkaran 4 Mitos Tentang Imuniti!
Laporan peningkatan kes Covid-19 dan penemuan Arcturus, iaitu subvarian Omicron yang terbaru secara tidak langsung mengingatkan kita untuk terus berwaspada dan melindungi diri sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat banyak mitos sistem imun di luar sana tentang menjaga kesihatan diri. Di sini, kami akan bongkarkan 4 daripadanya.
Mitos #1 Flu adalah virus, selesema adalah bakteria
FAKTA
Selesema dan flu kedua-duanya disebabkan oleh virus. Terdapat lebih 200 strain virus selesema dan flu yang unik yang bermutasi dan berubah setiap tahun. Justeru, amat penting untuk sentiasa memastikan sistem imun kita berada pada tahap optimum.
Mitos #3 Anda hanya boleh menjangkiti apabila anda mengalami simptom selesema atau flu
FAKTA
Apabila anda menghidap selesema, anda berada pada tahap paling mudah untuk menjangkiti dalam tempoh tiga hari pertama (terutama semasa fasa sakit tekak) dan anda berkemungkinan besar menyebarkan virus antara hari kelima hingga ketujuh daripada saat anda dijangkiti virus flu. Virus ini boleh tersebar apabila anda menyentuh hidung atau mulut anda dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon atau hanya melalui batuk atau bersin.
Mitos #2 Flu tidak berbahaya
FAKTA
Kebanyakan kes flu akan pulih dengan rawatan. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan kesihatan kumpulan yang berisiko tinggi seperti bayi berumur satu tahun ke bawah, warga tua berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, individu obes atau individu dengan sistem imun yang lemah. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 49,000 orang meninggal dunia akibat flu (bergantung kepada tahap keparahan, penyebaran dan jenis virus flu) setiap tahun.
Mitos #4 Sekali anda menghidap flu, anda tidak akan dijangkiti lagi untuk musim atau tempoh itu
FAKTA
Anda mungkin tidak dijangkiti virus selesema atau flu yang sama seperti yang pernah anda dapat, tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan menjadi mangsa strain virus yang lain. Terdapat pelbagai jenis virus selesema dan flu yang terkandung dalam udara dan anda mungkin imun atau kebal sementara sahaja kepada satu strain tetapi mampu dijangkiti oleh strain yang lain.
Cegah Jangkitan Virus dengan nutrien mesti-milik ini!
Vitamin C meningkatkan bilangan antibodi.
Ekstrak Elderberi merangsang tindak balas imun.
Biji labu, bunga Safflower, biji Plantago dan bunga Honeysuckle Jepun untuk mempertahankan tubuh badan.
Polifenol meningkatkan fungsi sistem imun terhadap jangkitan.