Sendi Berbunyi?
Sendi Berbunyi?
Pernah dengar bunyi ‘pop’atau ‘krek’ daripada lutut anda? Jika berlaku sekali-sekala tanpa rasa sakit, ia mungkin berpunca daripada gelembung udara yang tidak berbahaya. Walaubagaimanapun, jika ada rasa sakit yang berpanjangan, ia mungkin petanda yang tidak baik. Semakin kita berusia, sendi kita memerlukan penjagaan rapi seperti kereta yang perlu ditukar minyak untuk bebas bergerak.
Tambah Omega-3 untuk Pergerakan Sendi yang Lebih Baik
Bayangkan sendi-sendi anda seperti mesin yang kompleks. Cecair sinovial berfungsi seperti minyak pelincir motor yang penting untuk mengekalkan pergerakan yang lancar dan bebas. Apabila cecair ini berkurangan, geseran akan meningkat dan menyebabkan rasa sakit. Tambah sayur-sayuran berdaun hijau dan omega-3 (salmon, ikan tenggiri atau biji flax) dalam diet anda untuk membantu mengekalkan sendi yang anjal dan bebas bergerak.
Lancarkan Pergerakan Sendi Anda secara Semula Jadi
Berita baik! Anda boleh menjaga kesihatan sendi melalui diet dan duo mantap ini:
Asid lemak Omega-3 menyokong penghasilan cecair sinovial pada sendi-sendi anda, melancarkan pergerakan dan membantu mengurangkan rasa kaku pada sendi.
Ekstrak Boswellia & safflower mempunyai sifat anti-radang untuk mengurangkan sakit lutut dan menggalakkan fungsi sendi yang lebih baik.
Jaga Kesihatan Sendi Anda
Sertakan nutrien-nutrien ini ke dalam diet anda sebagai sokongan semulajadi kepada kesihatan sendi anda.