ProSanté Kisah Rambut Sihat

Tiada Lagi Kegatalan & Kelemumur!

Selepas melahirkan anak ketiga saya pada tahun 2021, saya mengalami masalah keguguran rambut dan kelemumur yang sangat teruk. Kulit kepala saya sangat gatal sehingga saya terpaksa memotong pendek rambut saya. Ramai yang telah mengesyorkan ProSanté Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner kepada saya dan saya tidak menyesal mencubanya!

Masalah rambut gugur saya semakin berkurangan, tiada lagi kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala saya. Rambut saya juga lebih mudah untuk diurus dan berbau harum walaupun saya bertudung. Saya sangat menyukai ProSanté Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner kerana ianya semula jadi dan bebas daripada bahan kimia. Oleh itu, saya rasa selamat untuk menggunakannya pada anak-anak saya.

Nurul Syafiqah Zulkifli
35, Selangor

Keguguran Rambut Selepas Jangkitan Covid Kembali Pulih

Saya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas pulih daripada COVID-19. Saya berasa sangat bimbang, tetapi tidak tahu apa yang boleh saya lakukan. Saya telah mencuba pelbagai jenama syampu tetapi tiada satu pun yang berkesan.

Kemudian, saya telah menemui ProSanté Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner. Saya dapat melihat perbezaan dalam masa beberapa minggu sahaja. Rambut saya tidak lagi gugur dan anak rambut mulai tumbuh. Rambut saya juga lebih kuat, sihat, dan berkilau. Selain daripada menggunakan syampu dan perapi, saya percaya bahawa menyuburkan kulit kepala dan rambut perlu dilakukan dari dalam ke luar. Oleh itu, saya mula mengambil suplemen seperti Vivix®, ESP, Sustained Release Vita C Plus™, NutriFeron® Granules dan sebagainya.

Helen Ooi
35, Selangor

Sayangi Rambut Anda
Dari Kulit Kepala Hingga
Ke Hujung Rambut

Produk Berkaitan