Terbukti! Polifenol Berkesan!
TERBUKTI! Polifenol Berkesan!
Kami terus merungkai dengan lebih mendalam bagaimana polifenol boleh mengubah kesihatan anda ke arah yang lebih baik dari perspektif sains.
MITOKONDRIA: KUNCI KEPADA TAHAP TENAGA ANDA
Mitokondria adalah kilang tenaga kepada sel-sel anda dan ia memainkan peranan yang penting dalam penghasilan tenaga. Faktor-faktor seperti gaya hidup, pemakanan dan penuaan boleh menjejaskan penghasilan mitokondria serta akan memberi kesan kepada kesihatan, fungsi tubuh badan dan aktiviti harian anda.
Campuran unik polifenol telah terbukti dapat memberi kesan positif kepada penghasilan tenaga pada peringkat sel. Polifenol boleh membantu meningkatkan fungsi mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga, kesihatan menyeluruh serta prestasi yang lebih baik.
POLIFENOL - Meningkatkan Tenaga Anda
- Kajian makmal menunjukkan bahawa campuran unik polifenol dapat meningkatkan kepadatan mitokondria dalam fiber otot manusia.
- Campuran unik polifenol boleh membantu memberi kesan positif kepada penghasilan tenaga pada peringkat sel. Ia akan membantu menghasilkan lebih banyak tenaga pada peringkat sel dengan menghasilkan lebih banyak mitokondria supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.
RUJUKAN:
L Fisher, T. Ianiro, F. Lau, H. Wang, B. Daggy. Synergistic Effects of Phenolic Mixtures in Human Cell Models of Aging. FASEB Journal, April 2015. vol. 29 no. 1 Supplement 608.36.
BERAPA LAMA MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK PULIH SELEPAS SENAMAN BERAT?
Jumlah masa yang diperlukan untuk pulih selepas senaman berat bergantung kepada intensiti senaman, tahap kecergasan dan kesihatan anda secara menyeluruh. Kebanyakan individu memerlukan 24 hingga 72 jam untuk pulih sepenuhnya selepas senaman berintensiti tinggi.
Jika anda tidak memberikan masa yang mencukupi untuk tubuh badan anda pulih, anda mungkin tidak dapat memberikan yang terbaik dan berisiko tinggi untuk tercedera. Polifenol boleh membantu anda pulih dan kembali bersenam dengan lebih cepat. Sertakan polifenol dalam rejimen latihan anda di samping tidur yang mencukupi, pengambilan makanan yang sihat serta rutin regangan.
POLIFENOL - Mempercepatkan Pemulihan dan Meningkatkan Prestasi
- Menurut sebuah kajian klinikal, pengambilan suplemen dengan campuran unik polifenol selama 30 hari sebelum melakukan sukan berintensiti tinggi boleh membantu mengekalkan prestasi sukan dengan mengurangkan kesakitan otot dan mempercepatkan proses pemulihan dalam masa 24 jam untuk mengelakkan penurunan prestasi.
- Ini membantu mengekalkan tahap tenaga tertinggi pada 80%.
RUJUKAN:
Wes, R. J. (2017). The Effects Of Resveratrol-Based Polyphenol Supplementation On Indices Of Exercise-Induced Muscle Damage [Master’s thesis, California State Polytechnic University, Pomona]. https://scholarworks.calstate.edu/downloads/wh246v261