Terbukti! Polifenol Berkesan!
Terbukti! Polifenol Berkesan!
Anda mungkin pernah mendengar tentang polifenol. Mari lihat dengan lebih mendalam bagaimana polifenol boleh mengubah kesihatan anda ke arah yang lebih baik dari perspektif sains.
APA YANG KITA MAKAN
Nasi lemak, mi kari, dan nasi kandar kuah banjir. Semua ini adalah makanan
kegemaran rakyat Malaysia. Malangnya, semua makanan ini juga tinggi dengan lemak dan karbohidrat.
Pengambilan lemak dan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan keradangan, iaitu faktor risiko utama untuk penyakit metabolik dan boleh mempercepatkan penuaan sel.
POLIFENOL – Mengurangkan Keradangan Selepas Pengambilan Makanan Berat
Pengambilan suplemen pemakanan berasaskan polifenol sebelum mengambil makanan yang tinggi lemak dan tinggi karbohidrat boleh mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan secara signifikan.
RUJUKAN:
Ghanim H, Sia CL, Korzeniewski K, Lohano T, Abuaysheh S, Marumganti A, Chaudhuri A, Dandona P. A resveratrol and polyphenol preparation suppresses oxidative and inflammatory stress response to a high-fat, high-carbohydrate meal. J Clin Endocrinol Metab. 2011 May;96(5):1409-14. doi: 10.1210/jc.2010-1812. Epub 2011 Feb 2. PMID: 21289251; PMCID: PMC3085195.
MENGAPA KITA LEBIH CEPAT TUA. FAKTA MENGENAI AGE
Tahukah anda bahawa diet yang tinggi dengan gula boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar?
Ini terjadi disebabkan pembentukan AGE (Advanced Glycation End Products) dalam badan anda. AGE merupakan bahan buangan sel dan boleh mempercepatkan proses penuaan.
AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindakbalas dengan protein di dalam badan anda. Ia boleh memusnahkan kolagen dan juga dikaitkan dengan kebanyakan penyakit kronik seperti penyakit jantung, masalah hati, tekanan
darah tinggi dan banyak lagi.
TAHUKAH ANDA?
NRF2 di dalam badan kita membantu mencegah tekanan oksidatif dan keradangan sel. Bagi individu yang bersenam dan makan secara sihat, pengambilan polifenol boleh menghidupkan suis NRF2 untuk melawan keradangan, radikal bebas dan toksin.
Menurut kajian, campuran unik polifenol boleh meningkatkan ekspresi NRF2 dalam sel manusia.
RUJUKAN:
L Fisher, T. Ianiro, F. Lau, H. Wang, B. Daggy. Synergistic Effects of Phenolic Mixtures in Human Cell Models of Aging. FASEB Journal, April 2015. vol. 29 no. 1 Supplement 608.36.
POLIFENOL – Menghalang Pembentukan AGE
Menurut kajian, campuran unik polifenol boleh membantu menghalang pembentukan AGE sehingga 80%.
RUJUKAN:
H. Wang, B. P. Daggy, J. F. McManus, L. G. Wong. Telomere Length of Multiple Dietary Supplement Users – A Cross-sectional Study in Comparison with Age-matched Controls, Journal of Food and Nutrition Sciences. Volume 6, Issue 5, September 2018 , pp. 129-134. doi: 10.11648/j.jfns.20180605.13