TERBUKTI! Polifenol Berkesan!

LINDUNGI DNA ANDA, TINGKATKAN KECERGASAN SECARA MENYELURUH

Dalam siri terakhir ini, kami akan merungkai dengan lebih mendalam bagaimana polifenol boleh mengubah kesihatan anda ke arah yang lebih baik dari perspektif sains.

Polifenol Melindungi DNA Daripada Kerosakan

  • Polifenol bukan sahaja memberikan perlindungan secara luaran, tetapi ia melindungi jauh ke dalam sehingga peringkat DNA.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa campuran unik polifenol boleh memberikan perlindungan luar biasa sebanyak 40% daripada kerosakan oksidatif DNA dalam sel manusia.

RUJUKAN:
L. Fisher, et al. (2015) Synergistic effects of phenolic mixtures in human cell models of aging. Shaklee Innovation Center, Pleasanton. Available at:
https://s10901.pcdn.co/wp-content/uploads/2015/12/EB_2015_Vivix1.pdf

POLIFENOL DAN TELOMERE: HUBUNGAN YANG MENGUJAKAN

  • Telomere adalah penghujung pelindung kepada kromosom dalam sel kita yang akan menjadi semakin pendek seiring dengan usia secara semula jadi. Telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik, manakala telomere yang lebih pendek dikaitkan dengan risiko penyakit yang lebih tinggi.
  • Polifenol telah dibuktikan dapat memperlahankan pemendekan telomere, menggalakkan kesihatan yang lebih baik dan jangka hayat yang lebih panjang. Sebuah kajian melibatkan pengguna pelbagai suplemen Shaklee mendapati bahawa mereka mempunyai 40% kadar pemendekan telomere yang lebih rendah dan yang lebih mengagumkan, sebanyak 91% pengguna telah memperoleh manfaat daripada polifenol dalam suplemen tersebut.

RUJUKAN:
H. Wang, B. P. Daggy, J. F. McManus, L. G. Wong. Telomere Length of Multiple Dietary Supplement Users – A Cross-sectional Study in Comparison with Age-matched
Controls, Journal of Food and Nutrition Sciences. Volume 6, Issue 5, September 2018 , pp. 129-134. doi: 10.11648/j.jfns.20180605.13

POLIFENOL - Berkuasa untuk Melindungi DNA dan Telomere Anda

  • Raih potensi polifenol untuk melindungi DNA dan telomere anda. Rasai kehebatan polifenol untuk meningkatkan kesejahteraan dan nikmati kesihatan yang lebih baik seiring dengan usia anda. Manfaatkan peluang yang luar biasa ini dengan sepenuhnya untuk melindungi DNA anda dan menggalakkan kecergasan secara menyeluruh. Bertindak sekarang dan alami sendiri perbezaan mengagumkan yang polifenol boleh berikan kepada anda untuk menyokong kesihatan dan jangka hayat anda yang lebih panjang!

RUJUKAN:
1. L. Fisher, et al. (2015) Synergistic effects of phenolic mixtures in human cell models of aging. Shaklee Innovation Center, Pleasanton. Available at: https://s10901.pcdn.co/wp-content/uploads/2015/12/EB_2015_Vivix1.pdf
2. H. Wang, B. P. Daggy, J. F. McManus, L. G. Wong. Telomere Length of Multiple Dietary Supplement Users – A Cross-sectional Study in Comparison with Age-matched Controls, Journal of Food and Nutrition Sciences. Volume 6,
Issue 5, September 2018 , pp. 129-134. doi: 10.11648/j.jfns.20180605.13

Produk Berkaitan