Resipi Ramadhan Yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan!
RESIPI RAMADHAN YANG ANDA TIDAK MAHU KETINGGALAN!
Cubalah resipi-resipi yang enak ini untuk memberi kejutan kepada keluarga dan tetamu anda sebagai sajian sahur yang sihat atau sebagai minuman yang menyegarkan ketika berbuka puasa.
‘Overnight’ Protein Oat Enak
Ringkas tetapi sedap untuk dijadikan sebagai snek atau sajian berbuka puasa yang sihat, berkhasiat!
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder (dicampur dengan 25 ml air)
- 2 sudu besar oat
- 1 sudu besar kacang kegemaran anda
- 1 sudu besar kismis
- Beri biru atau strawberi s egar secukupnya
Cara membuatnya:
- Lapiskan semua bahan di dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk semalaman.
- Nikmati keenakannya esok pagi!
Kelapa Segar
Jadikan buah kegemaran musim panas ini kepada minuman berbuka puasa yang menyegarkan!
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar Performance® Orange. Anda juga boleh gantikan dengan Performance® Lemon-Lime.
- 1 cawan air kelapa
- 1 cawan anggur
- 1 cawan kiub ais
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam Pengisar Shaklee dan kisar hingga halus.
- Hidangkan dan nikmati kesegarannya!
Smoothie Fiery Fiber
Nikmati minuman perangsang tenaga yang sarat dengan fiber dan antioksidan untuk membantu anda kekal terhidrat dan segar sepanjang hari.
Bahan-bahan:
- 1 sudu kecil Vivix®
- 3 sudu besar Performance® Orange
- 1/3 hiris buah naga saiz sederhana
- 1 cawan air
- 1 cawan kiub ais
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam Pengisar Shaklee dan kisar hingga halus.
- Hidangkan dan nikmati kesegarannya!