Menghadiri Jamuan Raya? Makan Secara Bijak!
Menghadiri Jamuan Raya? Makan Secara Bijak!
Meriahkan sambutan Hari Raya anda dengan pemakanan yang lebih sihat. Cuba tip ini untuk kekal langsing di samping meraikan aktiviti kunjung-mengunjung.
Ambil Lecithin Sebelum Makan
Amalan mengambil 3-6 softgel Lecithin sebelum menikmati hidangan perayaan boleh membantu badan anda. Ia memudahkan badan anda untuk menggunakan lemak daripada makanan sebagai tenaga bagi pengurusuan berat badan yang lebih baik.
Gunakan Pinggan yang Kecil
Penuhkan pinggan kecil anda sekali sahaja untuk mengawal pengambilan makanan dan mengelakkan makan berlebihan.
Mulakan dengan Protein dan Serat
Utamakan makanan yang padat nutrien seperti bijirin penuh, protein tanpa lemak dan sayur-sayuran segar berbanding makanan proses yang tinggi kalori.
Awas! Kalori Tersembunyi
Kuah sate, air minuman dan pencuci mulut boleh mengandungi kalori yang tersembunyi. Pilih air kosong atau teh tanpa gula. Kurangkan pengambilan kuah dan pencuci mulut.
Makan Perlahan
Beri masa untuk badan anda mengenalpasti isyarat kenyang dan elakkan daripada makan berlebihan tanpa berfikir.
Berhenti Apabila Anda 80% Kenyang
Beri perhatian kepada tanda-tanda perut lapar. Berhenti apabila 80% kenyang, bukannya apabila perut penuh.
Gantikan dengan Cinch untuk Satu Hidangan
Kawal pengambilan kalori. Gantikan satu hidangan dengan Life Cinch® Mixed Soy Protein Chocolate Shake yang berkhasiat.