TESTIMONI SEBENAR. HASIL SEBENAR.

Ketahui bagaimana orang biasa mencapai matlamat kesihatan mereka. Tiada diet ikutan, tiada kelaparan. Jom dapatkan bentuk badan menawan dengan cara yang mampu dikekalkan!

Dari 5XL ke M!

Orang kata, semakin lanjut umur kita, semakin perlahanlah tindak balas badan kita. Saya tidak menyangka yang saya masih boleh menurunkan berat badan dan mendapat penampilan baharu pada usia sebegini! Terima kasih kepada suplemen Shaklee yang selamat, terbukti dan berkesan selain mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Kini, saya berasa lebih bertenaga, lebih sihat dan kelihatan lebih muda juga!

Hamidah Ibrahim
48, Kuala Lumpur

Hidup Saya Jadi Semakin Baik!

Berat badan saya pernah mencecah 120kg ketika saya menjalani gaya hidup sedentari dulu. Ia menyukarkan saya untuk berjalan, apatah lagi menaiki tangga. Kesukaran itu menyebabkan saya bertekad untuk mula menjaga kesihatan diri sendiri. Syukurlah saya diperkenalkan kepada Shaklee. Saya memperbaiki tabiat makan dan dengan sokongan suplemen Shaklee, saya berjaya menurunkan berat badan kepada 88kg! Selain mempunyai badan yang semakin langsing dan mendapat semula keyakinan diri, keadaan kulit saya juga bertambah baik! Namun saya masih berusaha mencapai berat badan yang ideal, jadi sentiasalah mengikuti ruangan ini ya!

Nurshafiza bt Hamidun
39, Pulau Pinang

Hasilnya Boleh Dilihat dalam 1 Bulan Sahaja!

Hanya dalam satu bulan, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg dan ukuran badan pula berkurang 3 inci! Saya sangat teruja dengan program ini yang boleh membawa banyak perubahan kepada diri saya dalam tempoh ini. Selain pengurangan berat dan ukuran badan, ramai kawan memuji kulit saya yang berseri. Sebelum ini, apabila berdiri atau berjalan terlalu lama, saya berasa penat tetapi sekarang, saya boleh bergiat aktif sepanjang hari. Paling penting, tiada lagi melecet di paha! Tidak sabar rasanya hendak melihat perubahan dalam beberapa bulan lagi kerana saya akan meneruskan program ini untuk mencapai berat badan idaman. Doakan saya ya!

Najwa Nabila Harun
27, Selangor

Tidak Keletihan, Tidak Kelaparan

Program menurunkan berat badan konvensional akan menyebabkan anda berasa resah dan lapar. Tetapi dengan Shaklee, pengalamannya berbeza! Suplemen Shaklee membantu membekalkan badan saya dengan nutrisi penting supaya ia boleh berfungsi secara optimum. Bahkan saya rasa bertenaga sepanjang proses ini dan selepas bersenam, dan bagi saya ia memang mengagumkan! Terima kasih, Shaklee untuk perjalanan penurunan berat badan yang positif.

Juniza bt Zamri
38, Kedah

Produk Berkaitan