Kesan Sebenar. Orang Sebenar.

Mereka ini sama seperti anda, mempunyai jadual harian yang sibuk. Tetapi mereka sedar bahawa mereka perlu menjaga kecergasan dan kesihatan masing-masing. Sertai mereka untuk berubah kepada anda yang lebih langsing dan lebih sihat!

Mendapat Semula Keyakinan Diri

Dulu saya berasa malu kerana saya tidak selesa dengan bentuk badan sendiri. Namun, dengan Shaklee Effect saya yang menakjubkan, kini saya berkeyakinan tinggi untuk membantu lebih ramai orang mencapai kehidupan yang lebih baik dan sihat. Apa yang saya dapat? Saya berasa lebih bertenaga, lebih kuat,lebih ringan dan kulit yang semakin berseri!

Hasma binti Hussain
37, Kedah

Semakin Sihat

Selepas kehamilan ketiga, saya sukar untuk menurunkan berat badan. Selepas mengambil produk Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat, akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan! Saya sangat gembira kerana boleh menggayakan semula pakaian sebelum hamil. Shaklee memang benar-benar berkesan!

Umi Syafiqah Mohd Hisham
33, Melaka

Dari 4XL ke M!

Sebagai wanita bersaiz besar, saya memang berdepan dengan pelbagai isu seperti kritikan terhadap diri sendiri, nilai diri, kulit kusam dan sakit kaki. Ketika bertekad untuk mengubah gaya hidup, saya menemui Shaklee. Saya berjaya menurunkan berat badan dan kesihatan juga bertambah baik. Kini, saya berasa lebih gembira dan yakin. Jom jalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee!

Siti Maimunah bt Baharudin
33, Negeri Sembilan

Perbaiki Pemakanan, Tingkatkan Kesihatan

Saya gemar makan makanan berkanji, snek dan makanan manis. Siapa yang
tidak suka kan? Namun tanpa disedari, berat badan saya bertambah sedikit demi sedikit dan saya mula mengalami masalah jerawat. Saya mula mengambil Shaklee ESP Soy Protein, minuman Cinch dan nutrisi asas yang lain. Kulit saya semakin pulih dan kawan-kawan mula memuji kulit saya yang kelihatan cerah berseri! Selain itu, saya juga berjaya menurunkan berat badan melalui pemakanan sihat dan senaman. Saya berasa cukup sihat dan gembira dipertemukan dengan Shaklee!

Ang Hui Xin
28, Pulau Pinang

Produk Berkaitan