Kembalikan Tenaga Anda

Menjadi seorang ibu baharu boleh menjadi sesuatu yang meletihkan kerana anda perlu menjaga bayi yang baru lahir, menguruskan keluarga dan kerja anda serta mengutamakan kesejahteraan anda. Solusi Shaklee Mama ada di sini untuk menyokong perjalanan mengujakan anda sebagai seorang ibu.

MENGURUSKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan diet tinggi protein soya dan rendah lemak bermanfaat dalam menguruskan berat badan.
Ia membantu untuk:

  • Mengurangkan selera anda dan menjadikan anda kurang lapar.1
  • Menjadikan anda berasa kenyang lebih lama kerana ia meningkatkan paras hormon yang membuatkan anda rasa puas.1
  • Memperbaik nisbah lemak kepada otot dalam badan anda.1

MEMBINA LEBIH BANYAK OTOT

Pastikan protein soya anda mengandungi leusina, MANJAKAN DIRI ANDA
yang membantu dalam pembentukan otot.
Pengambilan leusina bersama sajian berkhasiat adalah berkesan dalam:

  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.2
  • Meningkatkan penghasilan otot anda.2
  • Mengekalkan otot badan.2

MENINGKATKAN METABOLISMA

Meningkatkan metabolisma dengan asid lemak omega-3 supaya anda dapat membakar lebih banyak kalori dan lemak semasa rehat dan ketika melakukan
aktiviti.

  • 3g minyak ikan setiap hari dapat meningkatkan kadar metabolik sebanyak 14%.3

PENYOKONG DETOKS

Juga dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan” kerana nilai nutrisinya yang tinggi, alfalfa kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral seperti protein, serat, vitamin K, vitamin E, potassium, kalsium, kuprum, zat besi dan sebagainya.4
Ia membantu dalam:

  • Membekalkan pelbagai jumlah nutrien.
  • Sumber penyahtoksin badan semula jadi.
  • Penyusuan badan di mana ia bertindak sebagai galactagogue (penggalak susu) iaitu sejenis bahan yang membantu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

MENGURANGKAN KERADANGAN DAN LEMAK

Ditemui secara semula jadi di dalam tumbuh-tumbuhan, polifenol adalah sekumpulan antioksidan yang bermanfaat kepada kesihatan anda kerana ia bertindak sebagai agen antioksidan dan antikeradangan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilannya secara berkala membantu dalam:

  • Menyerupai kesan berpuasa atau diet rendah kalori terhadap kesihatan.5
  • Mengekalkan tahap keradangan yang sihat dalam badan anda.5
  • Mengurangkan kadar pengumpulan lemak, terutama di sekitar organ dalaman.6

MANJAKAN DIRI ANDA

Kembalikan kesegaran tubuh badan melalui produk-produk Embun by Tanamera untuk menenangkan dan menyembuhkan tubuh badan anda selepas bersalin:

RUJUKAN:
1. Deibert P, König D, Schmidt-Trucksaess A, Zaenker KS, Frey I, Landmann U, Berg A. Weight loss without losing muscle mass in pre-obese and obese subjects induced by a high-soy-protein diet. Int J Obes Relat Metab Disord. 2004 Oct;28(10):1349-52. Doi: 10.1038/sj.ijo.0802765. PMID: 15303108.
2. Churchward-Venne TA, Breen L, et al. Leucine supplementation of a low-protein mixed macronutrient beverage enhances myofibrillar protein synthesis in young men: a double-blind, randomized trial. Am J Clin Nutr. 2014 Feb;99(2):276-86. PMID: 24284442.
3. Gene Bruno, MS, MHS , Lecithin & Lipotropics, Literature Education Series On Dietary Supplements 2004 Huntington College of Health Sciences
4. Al-Achi A (2018) Does Alfalfa Stand Up for The Claim “The Father of All Foods”? J Pharm Pract Pharm Sci 2018(1): 24-28.
5. Renes J, et al. Calorie restriction-induced changes in the secretome of human adipocytes, comparison with resveratrol-induced secretome effects. Biochim Biophys Acta. 2014 Sep;1844(9):1511–1522.
6. Wang, Shu & Moustaid-Moussa, Naima & Chen, Lixia & Mo, Huanbiao & Shastri, Anuradha & Su, Rui & Bapat, Priyanka & Kwun, Insook & Shen, Chwan-Li. (2014). Novel insights of dietary polyphenols and obesity. The Journal of nutritional biochemistry. 25. 1-18. 10.1016/j.jnutbio.2013.09.001.

Product Berkaitan