Shakleekids Complete Solution – Untuk TEMPOH TUMBESARAN SI MANJA Anda

Nutrisi yang baik sangat penting untuk kanak-kanak kerana tubuh badan mereka sedang membina asas untuk kehidupan dewasa yang sihat. Dengarkan apa kata ibu bapa yang telah berjaya dengan Shakleekids Complete Solution.

Dari Cerewet Makan Kepada Amalkan Tabiat Sihat

Kenny Teo Wei Sian & Jessica Wee Tze Chia

Kota Samarahan, Sarawak

Sebagai ibu berkerjaya yang sibuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga serta mempunyai anak-anak yang cerewet makan dan terpaksa membuat perancangan sajian yang rapi untuk mereka setiap hari sangat memenatkan. Namun, saya menjumpai jalan keluar apabila saya menyertai Shaklee pada April 2020. Saya sangat gembira dan membeli Meal Shakes untuk anak-anak saya mencubanya. Dengan pengambilan yang konsisten selama sebulan sahaja, kami sudah menikmati Shaklee Effect kami. Kami melihat selera makan mereka beransur-ansur meningkat, daripada cuma menghabiskan suku pinggan kepada setengah pinggan. Anak-anak juga mula meneroka pelbagai jenis makanan. Meal Shakes membekalkan serat makanan, protein, kalsium, dan zink bagi membantu memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan yang sedang membesar. Sememangnya itulah yang ibu harapkan!

We Love Hero Kiddo Beary Much!

Aliya Alfa

Kedah

Pastil yang menarik dan lazat, padat dengan vitamin C dan D, zink, serta ekstrak Elderberi yang menyokong kesihatan ini sangat bagus. Selain itu, ia juga tidak mengandungi perisa, pemanis tiruan dan bahan pengawet. Anak-anak saya memang sangat gemarkan Hero Kiddo, saya juga sama! Alhamdulillah, pengambilan Hero Kiddo membantu sistem pertahanan kami berada dalam keadaan yang baik. Kami sangat sukakan pastil beruang dari Shaklee ini!

Si Manja Saya Yang Sihat dan Aktif

Siti Naila binti Mohd Ali

Bachok, Kelantan

Sebagai ibu, saya bimbang melihat anak saya yang kekurangan berat badan dan saiz badannya juga lebih kecil berbanding rakan-rakan sebayanya. Jadi, saya mula memberikan dia Vita-Lea For Children. Alhamdulillah, dari semasa ke semasa, saya nampak selera dan berat badan anak saya mula bertambah. Satu lagi kesan positif yang saya perasan ialah pencernaannya juga bertambah baik. Sayalah ibu yang paling gembira apabila si manja saya semakin cergas dan bertenaga!

Produk Berkaitan