HERO KIDDO DISUKAI SEISI KELUARGA!

Saya adalah ibu kepada tiga cahaya mata, dan kesihatan anak-anak memang menjadi keutamaan dalam hidup saya. Saya sangat menitikberatkan soal pengambilan makanan, minuman dan suplemen untuk anak-anak saya. Saya bersyukur dengan adanya Hero Kiddo kerana anak-anak saya akan mengambil pastil ini sendiri – tidak perlu diingatkan! Mereka sukakan bentuknya yang comel dan rasanya yang lazat. Hero Kiddo sangat memudahkan – kami bawa sebotol ketika menjalankan aktiviti di luar. Dengan Hero Kiddo, saya berharap anak-anak saya akan kekal sihat dan kuat sepanjang tempoh mereka membesar.

Hero Kiddo adalah pastil lazat yang padat dengan vitamin C dan D, zink dan ekstrak Elderberi yang menyokong kesihatan dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Bukan lagi rahsia yang ibu bapa, datuk dan nenek pun menyukai pastil comel ini! Saya dan cucu mempunyai hubungan yang istimewa dan Hero Kiddo membawa lebih banyak masa yang menyeronokkan untuk kami. Dia sukakan Hero Kiddo. Formulanya yang tidak mengandungi gula, mesra vegan memudahkan ia dikunyah, dan sebagai nenek, saya memang sangat sukakannya. Kami sama-sama tidak sabar menunggu masa untuk mengambil tiga pastil Hero Kiddo kami setiap hari!

Orang Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan, dan sentiasa berasa untuk mengunyah sesuatu! Kini saya sedang mengikuti program pengurusan berat badan, dan saya fokus untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Usaha mengurangkan pengambilan kalori ini menyebabkan saya sering berasa lapar, dan memerlukan sesuatu untuk dikunyah. Inilah yang mendorong saya untuk mengambil Hero Kiddo sebagai snek sihat. Kelazatan rasa buahnya berjaya mengawal selera saya. Ketika sibuk menjalankan aktiviti harian bekerja dari rumah, saya sentiasa berasa untuk mengunyah makanan. Mengambil pastil Hero Kiddo tanpa gula ini adalah alternatif yang bagus berbanding snek lain yang tinggi kandungan gulanya.

Produk Berkaitan