Rutin Ringkas untuk Kecantikan Sejati dengan

Jantina, genetik, diet dan cuaca teruk boleh menyebabkan masalah kulit yang tidak diingini. Berita baiknya, Pomifera menawarkan penyelesaian yang mudah dan berkesan. Gabungkan Pomifera ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda untuk kulit yang sihat dan berseri.

Masalah Kulit yang Biasa di Malaysia

Kulit Berminyak
Disebabkan oleh penghasilan sebum yang berlebihan.

Liang Pori Besar
Disebabkan minyak berlebihan, sel kulit mati dan kotoran pada liang pori.

Jerawat
Disebabkan oleh liang pori yang tersumbat dengan peluh, bakteria dan minyak.

Bintik Hitam/Bintik Putih
Disebabkan oleh liang pori yang tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati dan bakteria.

Kulit Kusam
Disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati dan kurang penghidratan.

4 Cara Mudah untuk Mendapatkan Kulit Sihat dan Berseri!

1

Gunakan Penanggal Solekan Bebas Minyak
Menanggalkan kotoran dan solekan degil dengan formula tidak menyumbat liang pori untuk kulit wajah yang bersih.

Guna apabila perlu

2

Bersihkan Kulit Anda dengan Betul
Guna pencuci muka yang lembut tetapi berkesan untuk menghilangkan minyak berlebihan, kotoran dan bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Guna setiap hari (Kulit berminyak)
Guna 2-3 kali seminggu (Kulit kering atau normal)

3

Guna Penghalus Muka Secara Berkala
Menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori untuk mengecilkan saiznya untuk kulit tampak lebih halus.

Guna 1-2 kali seminggu

4

Tambah Minyak yang Kaya dengan Nutrien untuk Penghidratan Tambahan
Mengekalkan lapisan semulajadi kulit untuk mencegah kulit kering dan memastikan kesimbangan untuk kulit berseri seperti kaca.

Guna setiap hari.
Campurkan dengan mana-mana pelembap anda

Produk Berkaitan