PROTEIN SOYA: 6 Mitos & Fakta

Masih ragu-ragu sama ada protein soya bermanfaat untuk kesihatan jangka panjang anda?
Jangan bimbang kerana kami akan membantu anda meleraikan mitos popular berkaitan soya dan pelajari perkara sebenar tentang soya.

Protein haiwan lebih baik daripada protein soya.

Berbanding protein soya, sumber protein berasaskan haiwan seperti daging merah dan ayam itik mengandungi lemak trans, lemak tepu dan kolesterol serta berkemungkinan lebih sukar untuk dicerna terutamanya bagi kalangan warga tua.
Protein soya adalah sumber protein berkualiti tinggi yang mengandungi semua asid amino penting yang padat dengan vitamin dan mineral.

Tidak perlu suplemen protein soya. Saya boleh dapat protein yang mencukupi daripada pemakanan sahaja.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil protein yang mencukupi setiap hari dan pemakanan kita lebih tertumpu kepada sumber karbohidrat seperti nasi dan mi/mihun. Selain menyertakan sumber protein seperti daging, ikan, telur, dan kekacang ke dalam pemakanan harian, anda juga disarankan untuk mengambil protein soya sebagai makanan tambahan untuk mengisi jurang nutrisi anda setiap hari.

Protein soya menggemukkan saya.

Protein soya memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, kuranglah pengambilan kalori semasa makan dan mengurangkan kecenderungan untuk makan kudap-kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat.1

Protein soya menjadikan lelaki lebih feminine.

Makanan mengandungi kacang soya tidak memberi kesan kepada paras hormon testosteron lelaki. Jadi, lelaki boleh mengambil protein soya secara kerap dan mengekalkan kelelakian mereka.2

Saya tidak makan kacang soya kerana semuanya diubah secara genetik.

Walaupun benar bahawa kebanyakan tanaman kacang soya di dunia ini diubah secara genetik (GMO), tetapi masih terdapat produk kacang soya bukan GMO
di pasaran. Baca label sebelum membuat pembelian.

Kebanyakan orang alah kepada kacang soya.

Alahan kepada kacang soya sangat jarang berlaku. Bahkan, anda mempunyai kebarangkalian lebih lima hingga 10 kali untuk mengalami alahan kepada tenusu berbanding kacang soya.3

Rujukan:
1. Haghighat, N., Ashtary-Larky, D., Bagheri, R., Wong, A., Cheraghloo, N., Moradpour, G., Nordvall, M., Asbaghi, O., Moeinvaziri, N., Amini, M., Sohrabi, Z. and Dutheil, F., 2021. Effects of 6 Months of Soy-Enriched High Protein Compared to Eucaloric Low Protein Snack Replacement on Appetite, Dietary Intake, and Body Composition in Normal-Weight Obese Women: A Randomized Controlled Trial. Nutrients, 13(7), p.2266.
2. Messina, M., 2010. Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence. Fertility and Sterility, 93(7), pp.2095-2104.
3. Soy Connection by U.S. Soy. 2022. Soy Myths & Facts. [online] Available at: <https://www.soyconnection.com/docs/default-source/brochures/2022_soyconnection_soy-myths-facts.pdf> [Accessed 29 August 2022].

Produk Berkaitan