Perbaharui Kesihatan Anda Secara Menyeluruh

Anda pasti pernah mendengar bagaimana detoks boleh mengurangkan beban toksin daripada badan anda dan mengoptimumkan prestasi organ detoks anda sendiri – dalam kata mudah, mengekalkan kesihatan anda. Sesetengah orang mengikuti diet tertentu, berpuasa, mengambil suplemen atau bersauna. Tidak kira apapun kaedah yang anda pilih, ikuti panduan di bawah untuk perjalanan detoks dan pasca detoks yang lebih lancar.

Panduan Detoks

Makan Makanan dengan Ciri Anti-Keradangan

Ambil makanan lengkap dan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang, biji-bijian, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan probiotik untuk membantu fungsi usus dan hati anda supaya bahan kumuh dapat disingkirkan daripada badan secepat mungkin.

Hadkan Makanan Bergula dan Terproses

Makanan terproses mengandungi lebih banyak gula dan bahan pengawet, badan anda perlu berusaha lebih untuk menghadamnya. Gula berlebihan pula menjejaskan kawalan glisemik anda di mana ia akan menyukarkan badan anda untuk menstabilkan paras gula dalam darah. Akibatnya, badan anda sukar untuk memetabolismakan makanan dan melakukan proses detoksifikasi.

Bersihkan Badan Anda dengan Air

Pastikan badan anda kekal terhidrat ketika proses detoks. Badan anda memerlukan air untuk menyingkirkan bahan kumuh melalui peluh, air kencing dan pergerakan usus.

Panduan Pasca Detoks

Peralihan Ke Diet Sihat

Kekalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet detoks anda dan perkenalkan 1 hingga 1½ hidangan karbohidrat ke dalam diet harian anda. Kawal keinginan untuk mengambil makanan bergula, manis
dan terproses.

Suburkan, Suburkan, Suburkan!

Badan anda berfungsi pada tahap terbaik apabila ia mendapat semua nutrien-nutrien penting yang diperlukan.

  • Protein, untuk kesihatan sel yang optimum.1
  • Vitamin & Mineral, untuk fungsi tubuh badan yang baik.2
  • Vitamin C, untuk sistem imun yang kuat.3
  • Vitamin B, untuk penghasilan tenaga yang berterusan.4
  • Polifenol, untuk perlindungan antioksida semula jadi.5
  • Omega-3, untuk menyokong fungsi otak, jantung
    dan mata yang sihat.6

Banyakkan Pergerakan!

Aktiviti fizikal atau bersenam secara berkala menyokong proses detoksifikasi tubuh badan anda. Apabila anda berpeluh, toksin akan disingkirkan daripada badan anda. Mulakan dengan senaman ringan seperti yoga, berjalan atau regangan. Jangan lupa untuk mengambil makanan dan kalori secukupnya sebelum dan selepas sesi senaman.

RUJUKAN:
1. Lonnie M, Hooker E, Brunstrom JM, Corfe BM, Green MA, Watson AW, Williams EA, Stevenson EJ, Penson S, Johnstone AM. Protein for Life: Review of Optimal Protein Intake,Sustainable Dietary Sources and the Effect on Appetite in Ageing Adults. Nutrients. 2018 Mar 16;10(3):360. doi: 10.3390/nu10030360. PMID: 29547523; PMCID: PMC5872778.
2. Vitamins and Minerals. National Center for Complementary and Integrative Health. https://nccih.nih.gov/health/vitamins
3. Ströhle A1, Hahn A. Vitamin C and immune function. Med Monatsschr Pharm. 2009. Feb;32(2):49-54; quiz 55-6.
4. E huskisson, s maggini and m ruf. (2007). The Role of Vitamins and Minerals in Energy Metabolism and Well-Being. The Journal of International Medical Research. 35: 277 – 289
5. Augustin Scalbert, Ian T Johnson, Mike Saltmarsh, Polyphenols: antioxidants and beyond, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 81, Issue 1, January 2005, Pages 215S–217S, https://doi.org/10.1093/ajcn/81.1.215S
6. Danielle Swanson, Robert Block, Shaker A. Mousa, Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life, Advances in Nutrition, Volume 3, Issue 1, January 2012, Pages 1–7, https://doi.org/10.3945/an.111.000893

Produk Berkaitan