Vitamin C: Lebih Daripada Sekadar untuk Pertahanan Badan

Ramai sudah tahu bahawa vitamin C adalah penawar bagi selesema. Benar, tetapi ia juga ada banyak manfaat lain! TIDAK PERCAYA? TERUSKAN MEMBACA!

Untuk Kulit Mulus dan Berseri

Pencemaran, cahaya matahari yang terik, tekanan dan perubahan hormon boleh menjejaskan kesihatan kulit kita. Terima kasih kepada vitamin C, kulit anda akan tampil sihat berseri luaran dan dalaman!

  • Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit.1
  • Mengandungi ciri anti-keradangan yang kuat untuk membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.
  • Meningkatkan penghasilan semula kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen.

Untuk Tahap Tenag a Yang Lebih Baik

Berasa letih atau lesu ketika hamil adalah perkara biasa. Vitamin C membantu dalam:

  • Meningkatkan tahap tenaga dengan menyokong penyerapan zat besi.2
  • Membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang membantu menukar lemak kepada tenaga.3

Antioksida dan Sokongan Pertahanan ke Arah Lebih Sihat

Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel. Vitamin C membantu untuk:

  • Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.4
  • Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.5

Untuk Sendi yang Fleksibel

Alangkah bahagianya apabila dapat bergerak bebas dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan vitamin C. Ia menyokong fleksibiliti sendi dengan:

  • Menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi dan tulang).
  • Mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.6

Untuk Gusi Yang Sihat

Hari yang hebat bermula dengan senyuman yang ceria. Kurangkan risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C.

  • Ia membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

Rujukan:
1. Sibilla, S., & Borumand, M. (2015). Effects of a nutritional supplement containing collagen peptides on skin elasticity, hydration and wrinkles. Journal Of Medical Nutrition And Nutraceuticals, 4(1), 47. https://doi.org/10.4103/2278-019x.146161
2. Cook, J., & Monsen, E. (1977). Vitamin C, the common cold, and iron absorption. The American Journal Of Clinical Nutrition, 30(2), 235-241. https://doi.org/10.1093/ajcn/30.2.2353. Tardy, A., Pouteau, E., Marquez, D., Yilmaz, C., & Scholey, A. (2020). Vitamins and Minerals for Energy, Fatigue and Cognition: A Narrative Review of the Biochemical and Clinical Evidence. Nutrients, 12(1), 228. https://doi.org/10.3390/nu12010228
4. Pehlivan, F. (2017). Vitamin C: An Antioxidant Agent. Intechopen. https://doi.org/10.5772/intechopen.69660
5. Sorice, A., Guerriero, E., Capone, F., Colonna, G., Castello, G., & Costantini, S. (2014). Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and Chronic Inflammation Diseases. Mini-Reviews In Medicinal Chemistry, 14(5), 444-452. https://doi.org/10.2174/1389557514666140428112602
6. Lindsey, R., Cheng, S., & Mohan, S. (2019). Vitamin C effects on 5-hydroxymethylcytosine and gene expression in osteoblasts and chondrocytes: Potential involvement of PHD2. PLOS ONE, 14(8), e0220653. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0220653

Produk Berkaitan