Bangun Pagi dengan Wajah Tenang, Berseri
Bangun Pagi dengan Wajah Tenang, Berseri
Kulit anda memerlukan tidur malam yang nyenyak. Sepanjang hari kulit anda bekerja melindungi dirinya daripada banyak faktor luaran. Pada waktu malam, ia beralih kepada mod pemulihan, dengan proses regenerasi yang tiga kali lebih pantas berbanding waktu siang.
Lengkapkan proses ini dengan melaksanakan amalan terbaik menggunakan produk penjagaan kulit yang berfaedah bersama rutin malam yang ringkas supaya anda boleh bangun bagi dalam keadaan berseri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!
Pembersihan Berganda
Pembersihan yang menyeluruh pada waktu malam adalah penting. Ia akan menghilangkan kotoran, pencemaran, pengumpulan sel-sel mati, dan minyak berlebihan. Pembersihan berganda adalah kaedah di mana anda membersihkan muka menggunakan pembersih berasaskan minyak, diikuti pembersih berasaskan air yang lembut.
Gunakan Produk Yang Lebih Pekat, Lebih Berkesan Pada Waktu Malam
Kulit kehilangan banyak kelembapan ketika kita tidur. Jadi, kita perlu memanfaatkan waktu tidur untuk menjaga kecantikan. Pertimbangkan untuk menggunakan pelembap yang lebih kuat, pekat, lebih oklusif, seperti YOUTH™ Activating Serum dan YOUTH™ Advanced Renewal Night Cream – Rich untuk mengunci semua kebaikannya dan membantu memulihkan kulit selepas penat bekerja sepanjang hari.
Malam - Waktu Tepat Untuk Spa Mini
Manfaatkan masa yang terluang sebelum masuk tidur untuk memanjakan kulit dengan rawatan kecantikan tambahan. Anda boleh mencuba mandian yang menenangkan dan memakai topeng muka berasaskan tanah liat. Cubalah YOUTH™ Purifying Clay Mask untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada kulit bagi memastikan kulit wajah anda bersih sebelum tidur.
Menyuburkan Dari Dalam
Penghasilan kolagen, pemulihan dan aktiviti antioksida berlaku semasa kita tidur. Lebih baik persiapan yang dilalukan sebelum tidur, seperti mewujudkan rutin tidur dan mengekalkan jadual tidur, maka lebih baiklah peluang untuk anda memiliki kulit yang cantik berseri. Kolagen mengecilkan liang-liang pori, menambah kelembutan dan kelicinan kulit di samping menyokong strukturnya untuk kulit yang kelihatan berseri dan lebih muda.