APAKAH DALAM “PROTEIN SHAKE” ANDA?

Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?

Dapatkan Soya!

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa.

  • Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol1.
  • Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan2.
  • 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

Mempunyai Indeks Glisemik Yang Rendah

Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu:

  • Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
  • Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
  • Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

Tiada Gula Pasir Tambahan

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan!

  • Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
  • Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

Bukan GMO

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:

  • Nutrien kekal dalam sumber makanan.
  • Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.

Lengkap Dengan 9 Asid Amino Penting

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:

  • Fungsi badan yang optimum.
  • Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
  • Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

Rendah Lemak

Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.

  • Membantu mengekalkan jisim otot.
  • Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
  • Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

Soya Protein ESP adalah Pilihan Terbaik!

  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid
    Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
    *Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Rujukan:
1. Xiao C.W. 2008. Health effects of soy protein and isoflavones in humans. J. Nutr. 2008;138:1244S–1249S.
2. Messina, M. (2016). Soy and Health Update: Evaluation of the Clinical and Epidemiologic Literature. Nutrients, 8(12), 754.

Produk Berkaitan