APABILA WANITA BERASA HEBAT, PENAMPILANNYA MENARIK DAN AKAN LAKUKAN YANG TERBAIK!

Nutrisi yang lengkap adalah kunci bagi wanita sibuk dan mahu kekal cemerlang serta berani menghadapi cabaran harian. Kekalkan berat badan yang sihat, tahap tenaga yang tinggi dan kulit yang cantik berseri dengan menandakan senarai semak nutrien ini!

Protein Soya
Blok Binaan Asas
Dapatkan manfaat protein soya berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan Indeks Glisemik Rendah.

  • Mengekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Kulit yang berseri dan kelihatan muda.
  • Rambut yang bersinar.
  • Mengekalkan kerampingan pinggang.
  • Perjalanan kehamilan dan penyusuan badan yang sihat.
  • Paras kolesterol yang sihat.
  • Meredakan simptom menopaus.

Vitamin C
Antioksidan Terbaik
Vitamin C, vitamin ultra-versatil yang tidak boleh terlepas pandang oleh wanita. Vitamin C mesti diperoleh daripada buah-buahan sitrus, sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. Anda mungkin perlukan lebih daripada sebiji oren jika anda mahu:

  • Mencegah tanda penuaan (kedutan, tompok umur, tona kulit tidak sekata).
  • Memberikan sistem imun anda lebih rangsangan.
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada selesema pada waktu pagi.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Menambahbaik penyerapan zat besi.

Asid Lemak Omega-3
Agen Anti-Keradangan
Minyak ikan dan minyak biji flax adalah sumber asid lemak Omega-3 yang bagus seperti EPA, DHA dan ALA, lemak sihat yang kita perlukan untuk kekal sihat.

  • Fokus dan cemerlang dalam pelajaran atau kerja.
  • Untuk mengawal emosi saya dan menikmati mood yang lebih baik.
  • Perkembangan otak bayi saya yang sihat semasa kehamilan.
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan tekanan darah, peredaran darah dan paras kolesterol yang terkawal.
  • Tulang yang lebih kuat dan sendi yang fleksibel, untuk memudahkan pergerakan.
  • Minda yang cerdas dengan daya ingatan kuat hingga usia tua saya.

Vitamin B
Vitamin Pemberi Tenaga Anda!
Cas ‘bateri’ badan anda dengan lapan Vitamin B – tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), asid pantotenik (B5), piridoksin (B6), biotin (B7), folat (B9) dan kobalamin (B12).

  • Gaya hidup aktif, bertenaga.
  • Peningkatan metabolisma.
  • Stres berkurang dan emosi bertambah baik.
  • Rambut dan kuku yang sihat.
  • Untuk mengurangkan risiko bayi alami kecacatan kelahiran dan meredakan mabuk hamil ketika kehamilan.
  • Daya ingatan dan kesihatan kognitif yang baik pada usia tua.

Kalsium
Nutrien Yang Menyayangi Tulang
Kalsium adalah mineral yang penting untuk kesihatan tulang. Ia memainkan peranan utama dalam hampir setiap aktiviti harian yang anda lakukan.

  • Tulang yang kuat dan sihat.
  • Mengurangkan kekejangan otot.
  • Tidur yang lebih lena.
  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, retensi air, kerengsaan dan emosi tidak menentu.
  • Kalsium untuk bayi saya yang sedang membesar dan mengekalkan simpanan kalsium dalam badan saya semasa perjalanan kehamilan dan penyusuan badan.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang.

Asid Linolenik Gamma (GLA)
Pembantu Wanita
Tambahkan GLA untuk meningkatkan kesihatan anda!

  • Meningkatkan paras kelembapan kulit saya.
  • Meredakan kerengsaan dan keradangan kulit.
  • Menyeimbangkan hormon ketika haid dan meredakan Sindrom Pra-Haid (PMS)
  • Meredakan simptom menopaus.

Produk Berkaitan