Dari Mana Datangnya Tulang Bayi? Dari Ibu!

Bayi sangat bergantung dengan bekalan kalsium daripada ibu untuk membina lebih daripada 300 tulang. Apabila keperluan kalsium bayi tidak dipenuhi, ia akan mengambil kalsium daripada tulang ibu, menjadikan ibu berisiko menghidapi osteoporosis di kemudian hari.

SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Kalsium menyokong proses perkembangan bayi yang sihat dan meningkatkan peluang untuk perjalanan kehamilan yang lancar. Semasa hamil, keperluan kalsium lebih tinggi daripada hari-hari lain kerana ia berperanan untuk:
  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat. Proses ini boleh menghabiskan simpanan kalsium anda.
  • Mengatur penggunaan cecair badan anda.
  • Mengembalikan simpanan kalsium anda.
  • Mengurangkan kemungkinan kekejangan otot.

SEPANJANG TEMPOH PENYUSUAN

Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang menyusukan anak biasanya kehilangan 3 hingga 5 peratus jisim tulang mereka semasa tempoh penyusuan.1 Ia berlaku kerana keperluan bayi semakin meningkat dan proses ini menggunakan kalsium daripada tulang dan ia disalurkan ke dalam susu ibu. Oleh itu, pengambilan kalsium yang tinggi adalah sangat penting kerana ia membantu untuk:
  • Menambah semula ketumpatan tulang anda dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
  • Menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat pada bayi secara berterusan.
  • Meningkatkan kesihatan oral anda.

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN

Bayi anda telah bercerai susu dan ia tidak bermakna anda harus berhenti mengambil kalsium. Dalam tempoh ini, tulang anda akan menjalani proses pemulihan dan anda perlu terus mengambil kalsium untuk mengekalkan jisim tulang anda dan mencegah osteoporosis. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam tempoh ini membantu untuk:
  • Menyokong proses pemulihan jisim tulang yang sihat.
  • Mengurangkan risiko anda mengalami osteoporosis.
  • Menyokong postur yang lebih baik untuk memperbaiki penampilan anda serta menjadikan anda kelihatan dan berasa lebih muda.
  • Meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan sokongan badan anda.

RUJUKAN:
1. Kolthoff N, Eiken P, Kristensen B, Nielsen SP. Bone mineral changes during pregnancy and lactation: a longitudinal cohort study. Clin Sci. 1998;94:405–12.

Produk Berkaitan