Mengapa Protein Soya Penting dalam Pemakanan Harian Anda

Penambahan protein soya dalam diet harian dapat menawarkan pelbagai manfaat kesihatan kepada anda. Ketahui manfaat protein soya sebagai makanan tambahan yang terbaik kepada diet seimbang dan cara memilih protein yang betul.

Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama.Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?

Sumber makanan seperti daging merah, ayam, telur dan produk tenusu mungkin mengandungi tahap kolesterol yang tinggi dan dapat memberi kesan kepada kesihatan anda. Gantikan dengan protein berasaskan tumbuhan yang bebas kolesterol untuk membantu mengurangkan tahap kolesterol anda.

Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

Mengandungi Laktosa vs Bebas Laktosa?

Protein soya tidak mengandungi laktosa kerana ia berasal daripada kacang soya dan bukan daripada susu atau produk tenusu. Ia adalah pilihan terbaik untuk individu dengan intoleransi laktosa atau alahan terhadap produk tenusu kerana ia mengandungi protein berkualiti tinggi yang tidak menyebabkan masalah penghadaman berkaitan laktosa.

GMO vs bukan-GMO?

GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
*Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Produk Berkaitan