RESIPI SIHAT dan Lazat Yang Memikat Selera Anak

Cuba idea resipi mudah dan menyeronokkan ini yang pasti memuaskan selera anak termasuklah yang cerewet makan!

Penkek Ceria Di Pagi Hari

Resipi penkek paling mudah yang mesti dicuba dan pasti digemari anak-anak!

BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar Meal Shakes
– 2 biji telur
– 1 sudu teh serbuk penaik
– 6 sudu besar air/susu
– Semburan masakan/minyak kelapa

CARANYA:

  1. Satukan semua bahan dan kacau adunan hingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper di atas api sederhana dan semburkan semburan masakan/minyak kelapa.
  3. Tuangkan adunan dan terbalikkan apabila anda lihat ada gelembung di atasnya.
  4. Penkek anda sudah sedia dihidang apabila kedua-dua belah berwarna perang keemasan.
  5. Letakkan bahan kegemaran anak anda di atas penkek tadi (madu, buah-buahan atau cip coklat) dan ia sedia dinikmati!

Kiub Ais Oren Comel

Amat sesuai untuk menjadikan minuman anak anda lebih menarik, khususnya buat si kecil yang cerewet.

BAHAN-BAHAN:

– 6 sudu besar PerformanceTM Natural Orange
– 1 gelas air (250ml)

CARANYA:

  1. Campurkan PerformanceTM Natural Orange dengan air dan kacau.
  2. Tuang campuran PerformanceTM Natural Orange ke dalam dulang kiub ais.
  3. Masukkan ke dalam bahagian dingin beku sehingga ia betul-betul beku.
  4. Tambahkan kiub ais ini ke dalam air minuman anak anda pada bila-bila masa sahaja.

Produk Berkaitan