RESIPI ENAK RAMADHAN UNTUK SEISI KELUARGA

Cubalah resipi enak dan berkhasiat ini untuk keluarga anda sama ada sewaktu sahur atau snek sihat semasa Iftar.

Bebola Protein Berkhasiat

Mudah disediakan, sangat enak dan membantu menyokong kesihatan pencernaan anda!

Bahan-bahan (Untuk 8 bebola):

  • 3 tablespoons ESP Soy Protein
  • 3 keping Digestive Biscuits (dihancurkan)
  • 1 biji pisang saiz sederhana
  • ½ sudu teh esen vanila

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga tekstur bater menjadi seperti doh biskut.
  2. Sendukkan doh, uli hingga menjadi bebola kecil dan salutkan bebola ini dengan serbuk Digestive Biscuits.
  3. Sejukkan selama 30 minit dan ia sedia dihidangkan!

Smoothie Betik Halia Berprotein

Redakan kembung perut anda dengan minuman berkhasiat dan mengenyangkan ini semasa Iftar.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar ESP Soy Protein atau 2 skup CINCH® Vanilla.
  • 1 cawan betik (dipotong dan disejukkan)
  • 2 sudu teh halia (dikupas dan dicincang halus)
  • ½ cawan jus lemon
  • 1 cawan ais
  • ½ cawan air

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam Shaklee Blender dan kisar sehingga halus.
  2. Hidang dan nikmati kesegarannya!

Smoothie Nanas Oren

Minuman enak dan mengenyangkan untuk anak-anak bagi menggalakkan mereka berpuasa buat kali pertama!

Bahan-bahan:

  • ¼ cawan (34g) Meal Shakes
  • 1 cawan nanas (dipotong dadu)
  • 1 cawan oren (dipotong dadu)
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan ais

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam Shaklee Blender dan kisar sehingga halus.
  2. Hidang dan nikmati kesegarannya!

Produk Berkaitan