Zink dalam Hidup Anda!

Tahukah anda bahawa selain suplemen, zink juga terdapat dalam produk biasa yang kita gunakan setiap hari? Ini menunjukkan kepentingan mineral surih ini terhadap kesihatan manusia.

Menawar kulit yang sihat berseri!

Zink dalam Krim Jerawat Anda

Zink mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu mengurangkan jumlah bakteria yang menyebabkan jerawat1 dan mengurangkan tindak balas keradangan dengan menghentikan bakteria daripada menyerang dan menyumbatkan liang pori.

Menyokong rambut yang kuat dan berkilau!

Zink dalam Syampu Anda

Zink diketahui dapat menyokong folikel rambut yang lebih kuat. Zink Pyrithione biasanya digunakan sebagai ramuan dalam syampu anti-kelemumur dan untuk mengawal rambut berminyak. Ia membantu memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut bekerja secara optimum, menghalang ia daripada menghasilkan terlalu banyak sebum.4

Menikmati penyembuhan luka yang lebih cepat!

Zink dalam Krim Penyembuh Luka Anda

Zink juga membantu mempercepat penyembuhan luka. Apabila disapukan pada luka, ia membantu pembahagian sel untuk menghasilkan tisu baru dan mengurangkan risiko jangkitan.2

Melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya!

Zink dalam Pelindung Cahaya Matahari Anda

Hadir dalam pelindung cahaya matahari anda sebagai zink oksida, ia berfungsi sebagai perisai dengan menghalang sinaran UVA dan UVB merbahaya daripada menembusi kulit.3 Ia juga mewujudkan lapisan pelindung dengan memantulkan cahaya UV daripada kulit.

Memberi kesan yang menenangkan!

Zink dalam Gula-Gula Tekak / Batuk Anda

Zink menyokong fungsi imun yang sihat dan membantu mengelakkan virus daripada bertambah. Ia juga boleh menghentikan virus daripada memasuki membran mukus tekak dan hidung , dengan itu memberi kesan yang menenangkan pada tekak dan boleh memendekkan tempoh selsema.5

Zink memainkan banyak peranan penting dalam badan anda. Ianya amat penting untuk lelaki dan wanita oleh itu, ambil suplemen zink sekarang untuk merasai manfaat kesihatannya!

Rujukan:

1. G. Mrinal , K.M. Vikram , S.M. Karaninder , and S.C. Pushpinder . Zinc Therapy in Dermatology: A Review, Dermatol Res Pract. 2014; 2014: 709152.
2. P.H. Lin, Sermersheim. M, H.C. Li et al., Zinc in Wound Healing Modulation. Nutrients. 2018 Jan; 10(1): 16.
3. P.F.A Wright. Realistic Exposure Study Assists Risk Assessment of ZnO Nanoparticles Sunscreens and Allays Safety Concerns, Journal of Investigative Dermatology. 2019; Volume 139, Issue 2, Pages 277–278 (sunblock)

Produk Berkaitan